SEKILAS INFO
  • 4 bulan yang lalu / Perbaiki shalatmu agar Allah perbaiki hidupmu…!!!
WAKTU :

Susah Meninggalkan Maksiat

Terbit 22 Agustus 2019 | Oleh : adminannur | Kategori :
Susah Meninggalkan Maksiat

*بسم الله الرحمن الرحيم*
*اللهم صل على سيدنا محمد و على ال سيدنا محمد*

*SUKAR TINGGAL MAKSIAT?*

Ramai dari pemuda yang mengadu bawa mereka sukar untuk benar bertaubat daripada dosa dosa mereka dan maksiat, terkadang ia bertaubat dan kembali semula, maka apakah cara taubat yang sebenarnya?

*Pertama,* jangan engkau tidak bertaubat walaupun engkau telah melakukan dosa itu sebanyak 100 kali pun

Jangan lupa bahawa Tuhanmu senantiasa memerhatikanmu, jika engkau mempunyai kejujuran dalam bertaubat walaupun engkau ulang bertaubat kali kedua dan ketiga maka Allah akan melihat dari kejujuran engkau dalam bertaubat

Lalu Dialah yang akan melenyapkan maksiat itu dari engkau dalam sehari ,sebulan ,setelah 2 bulan

Semua itu bergantung kepada kejujuranmu dalam mahu bertaubat, maka dialah akan bantu melenyapkan maksiat itu dari engkau

Tetapi engkau juga jangan putus dari melakukan solat, jangan engkau membenarkan musuh engkau(syaitan) dengan engkau berkata “tiada faedah aku jika solat, dan lebih baik aku teruskan kejahatan ini”

Tidak!! Jangan sesekali katakan!

Kerana ini akan membuat nafsumu tertawakanmu dan syaitan akan cuba untuk memutuskan hubungan engkau dengan Allah

Menyesallah dan kembali kepadanya seraya berkata:
“Ya Allah Tuhanku berhentikan lah aku dari maksiat ini agar tidak kembali lagi”

Jika maksiat itu kembali semula kembali pada Allah semula dan menyesal serta katakan

“Aku tidak akan kembali dan aku bertekad”

Maka apabila Allah melihat kejujuran engkau dalam bertaubat kali kedua atau kali ketiga atau keempat atau kelima ataupun lebih dari itu atau seminggu ataupun 2 minggu kecuali Allah akan merahmati engkau dan akan kuatkan engkau dan lenyapkan engkau dari maksiat itu bila bila masa dengan kehendaknya .

Cuma jangan putus dari solat dan lupa dari bertaubat

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ)

Orang orang yang apabila telah melakukan keji atau berlaku zalim pada diri sendiri lalu mengingati Allah meminta ampun bagi dosa dosa mereka,dan siapakah yang mengampunkan dosa dosa kecuali Allah,dan mereka tidak melakukan perbuatan keji itu sedangkan mereka mengetahui

*Kemudian* hindarilah dari tempat atau kawan kawan dan juga alat yang mendekatkan engkau kepada maksiat dan jauhi darinya

Contohnya ialah :
Orang yang dekatkan engkau maksiat
Tempat maksiat
Handphone

Maka jangan engkau lupa bertaubat walaupun engkau terjatuh lagi didalam kancah maksiat dan dosa

Dan rajin rajinlah berkawan dengan orang soleh, perbanyakkan zikir kerana itu akan beri kesan kepada engkau nanti

Dan daripada zikir yang manfaat untuk elak maksiat

( هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ ) تقرأها ولو عشر مرات في اليوم

Baca sebanyak 10 kali sehari

( رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي* وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي ) 100 مرة في اليوم.

Sebanyak 100 kali sehari

وبالله التوفيق

*Al Allamah Al Habib Umar bin Hafidz*

SebelumnyaMuhasabah Malam SesudahnyaPernikahan Ali dan Fatimah

Tausiyah Lainnya